Saturday, January 13, 2018

Review produk Laneige.my

Assalamualaikum. Hye :)
Alhamdulillah, setelah 2 tahun tak menaip. sekarang dah ada peluang nak bagi jari menari atas keyboard sebab tengah jadi housewife fulltime.
Punyalah cari mana nak edit itu ini sebab lupa dah cara nak edit semua,nasib baiklah nuffnang tak close sha punya akaun. Kalau tak habis burn duit yang tak checkout lagi dulu hasil blogging.
berbalik pada niat asal kita. So far dah 8 bulan sha pakai product ni. Antara yang sha guna ialah asas bedak,bb cushion dan sleeping mask. Haritu ingat nak beli skin care dia sebab haritu try pencuci muka yang dia bagi as free gift tu best gila tapi sebab muka dah okay terus tak jadi,risau kang cuba hak lain,habih rosak muka kita jadi tak tun tuang la demo.haha.
Malas nak tangkap gambar,dan malas nak transfer gambar yang sha review dekat IG haritu,jadi kita ambil la dekat pakcik google yang semua ada ni. 

LIP SLEEPING MASK (TREATMENT UNTUK BIBIR)
         Image result for laneige malaysia
Lip Sleeping Mask. So say Goodbye pada bibir kering korang. Stock lama dah habis haritu,kebetulan waktu sha keluar pergi mytown tu ada sale sempena christmas. Apalagi,grab la satu si cherry ni dengan harga RM67. Harga asal tak ingat berapa. So bertambah lagila point kitee untuk kad laneige,huhu.

BB CUSHION_PORE CONTROL(SPF 50)

Image result for laneige malaysia
BB cushion terbaik pernah sha ada dan takkan pernah curang sedikit pun tidak ku ingini,ewaaahh. haha. Dia ada SPF 50 OKAYYY! siap ada refill pack laa pulokk.Baik korang pergi beli sekarang kalau tak nak menyesal, haha.
Tak disangkal lagi yang produk dia semua pricey sikit .TAPII, produk dia jimat gila weii. Mahal tapi berbaloi gitu. BB cushion ni pun sha beli time sale tahun lepas,dan masa christmas itu haripun beli sekali sebab dapat limited edition pink colour tu :) dapat dengan harga RM165. Rezeki sebab jalan jalan niatnya nak cari baju baby je. Dapat pula harga salee.

LANEIGE WATER SUPREME FINISHING PACT(SPF 25)

Image result for laneige water supreme finishing pact

Okay, hak ni lepas pakai BB Cushion tu tempekla bedak water supreme ni nak bagi lagi lawaaa dan glowing. 
yang ni ada SPF 25. Kalau malas nak pakai apa apa foundation pun. Dah cukup dah pakai dua asas ni je. Dah ada 75 SPF dekat muka,tak payah dah risau dengan SUNBURN ke SUNMOON ke apa tau.
Yang ni lagi pricey daripada BB Cushion sebab hak ni RM195 . Susah nak dapat sale sebab sha pakai 8 bulan ni pun tak habis habis lagi weiii. Nak apa lagi? Haha. Tak rugi pun labur untuk kepuasan diri sendiri. Nanti ada baby labur dekat baby pula. 

Dua asas ni boleh pilih code colour yang sesuai dengan muka korang. Water Supreme ni sha guna light beige sebab konon muka putih la. Haha. Untuk yang tak cerah sangat,boleh ambil natural beige. Nanti pergi store dia korang boleh minta staff dia recommend kan,tade hal pun bab tu. 

Untuk BB cushion pula sha pilih Beige. Kalau mama sha pula,dia guna sand sebab mama cakap yang tu sesuai untuk peringkat colour muka mak mak,tak nampak over sangat. 
haa, banyak je lagi produk dia yang korang boleh try semua .

Jenis sha,kalau dah okay dengan produk tu,sampai bertahun tahun la dengan sha.Macam juga skin care sha, dah 3 tahun pakai since diploma,siap kawan pun dah terjebak pakai skincare sama.haha. Tapi skincare tu biarlah rahsia.huhu. 

okay? 
itu sahajalah review dari meksha pasal ala ala makeup ni. Sebab sha memang tak ada eyeshadow,mascara semua. Ada la sikit, itupun beli dekat SEPHORA tahun lepas,try sekali. hmm. terus tolak tepi sebab rimas dap dap banyak dekat muka.Dan muka sha paling sensitive,senang naik ruam kecil kecil tu,scary gila sebab dulu pernah kena masa shoot untuk budak degree,satu hari dengan makeup,esoknya terus breakout.Nyesal betul tau,tapi tapela,niat tolong siapkan assignment. Satu lagi sebab malas nak pakai semua-semua tu bila time nak solat je kena remove,ambil masa jugalah. Terus simpan dalam beg,duduk diam diam. Kang ada sepupu sepapat datang,bagi je diorang nanti sebab diorang minat.  

sekian dari meksha.
Terima kasih.